Descriptions
Saponify
(soap calculator)
Cara Menggunakan Perisian Soap Kalkulator
(SoapCalt).
Soap Calt adalah satu perisian yang dibina khas untuk
mengira jumlah kandungan bahan yang diperlukan dalam satu-
satu resipi pembuatan sabun. Perisian ini dibangunkan untuk
memudahkan para pembuat sabun menggunakan bahan yang
betul jumlah dan kandungannya.
Anda boleh menaik turun perisian ini atau menggunakan
terus dari komputer anda samada menggunakan PC anda atau
Hand Phone android anda.
Sekarang saya akan sharing tentang bagaimana cara
menggunakan kalkulator sabun. Kalkulator sabun ini penting
agar kita dapat mengetahui berapa gram Lye (NaOH atau KOH)
yang diperlukan untuk membuat sabun pada resipi yang kita
buat sendiri.
Sila buka tautan berikut,
Google “Kalkulator sabun atau taipkan”.
http://www.soapcalc.net/calc/SoapCalcWP.asp
Sebenarnya ada banyak pilihan kalkulator sabun
percuma di internet, tetapi saya lebih menyukai kalkulator sabun
dari soapcalc.net kerana selain kita dapat mengetahui Lye yang
diperlukan kita juga akan mengetahui estimate kualiti sabun yang
akan kita buat menurut resipi kita sendiri. Setelah anda buka
tautan tadi, papara yang anda dapati adalah seperti berikutIKhas
untuk pengguna PC atau Laptop).
Dalam paparan kalkukator di atas kita dipermudah
dengan adanya turutan langkah-langkah dalam menggunakan
alat ini. Ada langkah 1 hingga 7.
Langkah-langkah:
1. Type of Lye.
Di sini anda diminta memilih jenis Lye yang akan anda
gunakan. Jika anda ingin membuat sabun pepejal (buku)
yang padat, pilih NaOH, jika sabun cair pilih KOH.
2. Weight of Oils.
Pilihlah ukuran berat yang sesuai dengan timbangan
anda. Saya sendiri memilih ukuran gram kerana mudah
dugunakan. Setelah memilih ukuran, masukkan jumlah berat
keseluruhan minyak dalam kotak kecil di bawahnya.
3. Water.
Ada tiga pilihan. Saya sendiri memilih Lye Concentration.
Kemudian isikan kepekatan(concentration) larutan Lye
yang akan anda gunakan. Biasanya dipakai dalam
kepekatan(concentration) 30%.
4. Superfat dan Fragrance
“Superfat” biasanya 5%. Maksudnya adalah 5% dari
jumlah berat minyak. Perkara ini penting kerana apabila Lye
yang kita gunakan terlalu banyak akan terdapat Lye yang
masih tersisa (berbaki) ketika sabun sudah jadi. Akibatnya lye
tersebut akan membuat sabun bersifat keras.
“Superfat” digunakan untuk berjaga-jaga dan
menyisakan minyak dan akan membuat sabun terasa lebih
lembut. Sedangkan “fragrance” adalah pewangi yang anda
gunakan.
5. Soap qualities and fatty acids .
Menunjukkan anggaran(estimate) kualiti sabun yang
dihasilkan dari resipi anda. Biarkan saja kosong.
6. Recipe Oil List
Lihat daftar jenis minyak di sebeah kiri angka 6. Pilih
minyak yangakan Anda gunakan. Kemudian klik “Add”.
Jika anda menggunakan beberapa jenis minyak, ulangi
langkah nomor 6 ini. Kemudian jangan lupa memasukkan
berat masing-masing minyak pada kotak kecil di sebelah
kanannya. (pilih grm untuk gram atau % untuk peratusan).
7. Klik “Calculate Recipe”.
• Kemudian klik, “View or Print Recipe”.
• Kemudian akan muncul paparan seperti di bawah ini.
1. Perhatikan jadual warna-warni di sebelah.
2. “Water”.
Menunjukkan berat air yang diperlukan untuk
membuat larutan Lye dalam gram. Dalam rajah di
atas lihat perkataan ditulis “infinity” kerana saya lupa
memasukkan peratusan konsentrasi Lye. Seharusnya
muncul angka.
3. Lye - NaOH.
Menunjukkan berat Lye yang diperlukan untuk
membuat larutan Lye dalam ukuran gram.
4. Kemudian perhatikan jadual paling bawah sebelah kiri.
5. Lihat
“Soap Bar Quality”
Ada tujuh indikator kualiti sabun di situ. Ada juga
“Range” untuk masing-masing indikator.
Di kanannya ada juga kolum “Your Recipe” yang
menunjukkan anggaran kualiti sabun yang dihasilkan
dari resipi yang anda buat. Apabila angka pada kolum
“Your Recipe” di luar ukuran atau “range”, maka kualiti
sabun anda dianggapkan berada di luar standart.
6. “Hardness” atau tingkat kekerasan sabun. Julatnya 29-
54. Di bawah 29 sabun akan terlalu lembik. Di atas 54
sabun akan terlalu keras seperti batu.
7. “Cleansing “ atau daya bersih. Jika di bawah julat, sabun
memiliki daya bersih rendah. Di atas julat sabun akan
bersifat keras untuk kulit.
8. “Conditioning”, menunjukkan daya kelembabkan.
9. “Bubbly”, menunjukkan jumlah banyaknya buih yang
akan dihasilkan sabun.
10. “Creamy”, menunjukkan volume buih krim.
11. “Iodine”, menunjukkan bahwa semakin besar angkanya
akan semakin hebat sabunnya.
12. “INS”, menunjukkan simpulan tingkat kualitas sabun yang
dihasilkan. Semakinbesar angkanya biasanya teksturnya
semakin keras.
13. Ketujuh indikator yang telah saya jelaskan tadi sangat
dipengaruhi oleh jenis minyak dan berat minyak masing-
masing yang digunakan. Selain itu berat Lye yang
digunakan juga amat mempengaruhi adunan sabun.
Sekarang anda sudah boleh membuat sabun sendiri.
Add a review